Skip to content
 

Camna Nak Cari Extra Duit

camna nak cari extra duitSoalan seperti, “Camna nak cari extra duit?” ni mungkin sering ditanya oleh mereka yg ada pekerjaan tetap tapi masih perlu kepada tambahan pendapatan kerana keperluan lain yg mendesak contohnya bayar rumah, kereta, pergi bercuti, biaya anak sekolah, dll.

Bentuk2 Duit Extra Yg Ada

Bentuk2 SAH yg ada secara amnya:

1) Kerja lain/part-time
2) Bisnes
3) Pelaburan

Mari kita kupas (lebih kurang) satu per satu.

Kerja Luar

Kerja part time ni menjadi salah satu cara favorite atau pilihan ramai orang. Saya ada seorang teman yg bekerja sebagai Pengurus Jualan sebuah syarikat pembekal ubat-ubatan tempatan, dan bekerja sebagai Pemeriksa Kesihatan (Medical Examiner) untuk satu konglomerat Insurans. Tak hairanlah jika beliau boleh berbuat demikian kerana mempunyai kelulusan dalam bidang kedoktoran.

Bagaimana dengan anda?

Adakah anda mempunyai kebolehan lain yg boleh anda manfaatkan sebagai mata pencarian ke-2 anda? Jika anda tidak kisah, ada banyak ‘retail outlet’ seperti 7E, Carrefour, Giant, Tesco, dsb. yg memerlukan sumber tenaga kontrak dari semasa ke semasa.

Tapi ini ‘teori’ saja sebab saya sendiri pun tak pernah mencuba!

Apapun, point-nya mudah saja – jika anda ada kemahiran lain, gunakan untuk menjana pendapatan sampingan untuk dapat duit extra.

Perniagaan/Bisnes

Rasanya inilah cara pilihan paling popular rakyat Malaya ni terutama perniagaan pelbagai peringkat – MLM! Jangan kata nada tak pernah dengar tentang MLM ni. Tapi ni satu contoh aje.

Teringat saya tengahari tadi, masa lepas lunch dengan isteri di cafe. Ada seorang orang ‘berpangkat’ di tempat isteri saya bekerja yg dah bersara tetapi menyambung kontrak atas jemputan sahabat beliau. Usia ‘Encik’ ni dah mencapai 60 tahun. Masa tengah asyik berbual tiba2 dia kata, “Ni nak kongsi la pendapat orang tua kalau2 orang muda sudi dengar.”

“Apa dia?” saya bertanya.
“Orang muda sekarang penting ada matlamat, cita2, impian. Sebab dream ni boleh bawak kita pergi jauh.” Kata beliau.
“Betul tu”, saya menyampuk, “Kata orang bijak-pandai ‘goal is a dream with deadline,” saya tambah. Saje nak menunjuk…
“Ya. Dan yg membantu kita mencapai impian adalah fisikal kita. Jadi menjaga ketahanan fizikal kita, jaga kesihatan, sangat penting.”
“Umm, macam tahu je pitch ni,” kata saya dalam hati.
“Lagi penting, kita kena pastikan apa yg kita makan berkhasiat. Ada research. Kita ada produk yg membawa research ni kepada manfaat orang ramai!”
“Ewah! Berapi2 la pulak…” kata hati kecil saya.
“Encik! Saya macam pernah dengar je cerita ni. Ni cerita T******* F***** ke?” dengan selamba saya tanya.
“Ah, betul la tu…” kata Encik tu tadi.
“Emmm…” saya dah agak dah!

Seorang yg dah bersara baru nak mula belajar pemasaran dari orang yg jauh lebih muda, dan platformnya – MLM. Tapi ni satu sahaja contoh dari beribu contoh perniagaan yg anda boleh buat sebagai menambah duit sampingan anda.

Francais adalah satu lagi contoh (tapi anda perlu modal; meniaga apa yg tak pakai modal?). Ada sorang kawan di Kota Bharu yg baru berhenti kerja untuk buka stokis Cosway di sana. Modal dalm RM 20,000.00.

Biras saya baru mula buat perniagaan ‘penapis air’ yg selain untuk air minum boleh buat ‘air untuk kolam ikan’ (tahu tak? B** A***).

Dan ada kawan yg kena pindah ke KL dari Damansara Kuantan kerana isteri naik pangkat – mujur Mamat ni full time UTC  (Unit Trust Consultant). Anda boleh consider kerjaya ni sebagai cara extra duit anda.

Untuk sahabat yg bekerja di Universiti Malaysia Pahang (UMP), ramai yg jadi broker tanah sekarang ni dek kerana kampus tetap mereka dah dibina di Pekan. Ramai la yg nak cari tapak untuk buat rumah – sendiri atau sewa. Ambik peluang!

Apa lagi peluang yg ada…

Melabur

Tema saya adalah ‘cara SAH’ disisi ugama dan undang2 untuk tambah duit sampingan jadi jika anda nak melabur, yg mana cara ni paling simple tapi tak mudah (simple but not easy), melabur adalah pilihan bijak anda.

Nak melabur di mana? Ada banyak pilihan tetapi jangan melabur tanpa tahu risikonya. Tak kiralah jika anda melabur dalam Amanah Saham, Pasaran Saham, Hartanah, Bisnes, Orang (aik!?), dsb., sikap yg bijaksana adalah sikap berwaspada.

Ingat tak tragedi Swiss Cash tak berapa lama dulu? Satu skim pelaburan yg menjadikan ‘greed‘ sebagai modal. Apa jadi? Tiada apa2 yg jadi, bermakna pulangan tak panjang. Kalau anda terlibat dan anda dapat balik modal, TAHNIAH! Anda memang bertuah tapi tidak kawan saya ‘Dolah’ yg meminjam dari RHB untuk buat modal melabur. Sekarang beliau masih perlu membayar kepada bank tetapi hasil pelaburan – terhenti setakat 2007! Kesian…

Alangkah baiknya kalau saya dapat kumpul response anda semua kepada soalan camna nak cari extra duit. Apa yg dapat saya senaraikan di sini hanyalah apa yg terlintas di benak saya masa saya menaip artikel (celoteh) ni kira2 jam 1:30 pagi (ting tong!). Lebih best lagi kalau saya dapat ranking untuk phrase ni dan boleh letak Adsense dalam post ni. Paling tidak penat lelah saya berbaloi jika ada ads yg match dan ada clickthrough. Dapat gak duit ekstra, kan?

One Comment

  1. Camna Nak Cari Extra Duit – Personal Selling Articles | Karungwang | Myfundmachine says:

    [...] See the rest here:  Camna Nak Cari Extra Duit – Personal Selling Articles | Karungwang [...]