Skip to content
 

Dah Masuk Tahun Baru

Diam tak diam, kita dah melangkah masuk ke tahun baru; baik tahun baru Hijrah 1430 dan sekarang, tahun baru Masihi 2009.
Sempat tak baca doa akhir tahun dan doa awal tahun sebelum 1 Hijrah 1430 haritu? :)
Kalau sempat, Alhamdulillah.
Kalau tak, kena tanam niat tahun depan tak mahu miss…itupun kalau masih berkesempatan lagi la.
Mana la tahu kan…

Biasanya kalau awal tahun, ramai yang tanya azam, resolusi, atau objektif yang ingin dicapai.
Bagaimana dengan azam tahun lepas?
Berapa banyak yang dah anda capai? Berapa lagi yang tak tercapai?
Mungkin kalau nak bercerita pasal azam ni, sampai tahun depan pun tak habis, betul?
Jadi apa kata kalau kita berhenti bercerita dan mula ‘bekerja.’

Kata cerdik pandai,” Kalau kita buat orang lain rasa yang mereka berfikir, mereka akan suka kita TETAPI kalau kita betul-betul buat mereka berfikir; mereka akan benci kita.”

Bermula daripada 3 tahun lepas, saya sudah faham makna kata-kata ini.
Masa tu, saya adalah pengurus/manager cawangan sebuah syarikat Multinasional di Kuantan.
Di bawah saya ada 3 orang anak buah: 2 lelaki, 1 perempuan.
Dan banyak tindakan saya menyebabkan dua anak buah lelaki saya betul-betul berfikir.
Dan mereka membenci saya.

Itu dari segi kerja…

Dalam keluarga, saya anak Pertama/sulung.
Saya menjadi macam kepala untuk adik-adik yang lain tetapi lepas kematian emak saya, kecenderungan adik beradik saya adalah amat jelas – mereka ingin membawa haluan masing-masing.
Dan saat-saat seperti sekarang; saat sekolah bakal dibuka tak lama lagi, barulah saya ni ujud buat mereka.
Dan setiap kali itulah juga, saya akan pastikan yang mereka benar-benar berfikir dengan tingkah laku mereka.

Saya tahu dan saya dapat rasa yang mereka tak suka cara saya :)

Di blog ini, saya akan mengambil risiko yang sama; saya nak pembaca saya benar-benar berfikir selepas tiap kali membaca coretan saya.
Saya tak kisah jika mereka tak suka. Saya dah biasa.
Ibarat kata: Alah bisa tegal biasa.

Ini coretan pertama untuk 2009M/1430H…

2 Comments

  1. miszsensei says:

    salam singgah… happy new yearrrr!!! bila lagi nak ajak kita makan2…

  2. Nezrul says:

    Salam!
    Makan…Um, bila2 jer boleh…
    Kalau nak SMS la dulu ek…
    Makan sate kat Restoran Jelita pun OK ;)

Leave a Reply