Bolehkah Shamelin Bina membantu anda mencari duit di internet? Sebelum soalan ini dijawap baik kita siasat apakah Shamelin Bina dan peluang yg bagaimanakah yg di tawarkan.
Shamelin Bina Sdn Bhd
Ditubuhkan pada Mei 2008 dgn modal berbayar RM 1,000,000.00.
Maksudnya, syarikat ini masih baru (kurang 3 tahun) tetapi mempunyai modal sokongan yg kukuh. Saya kenal beberapa kawan yg memiliki syarikat berstatus Bumiputera, di daftarkan di bawah Kementerian Kewangan dan membekalkan peralatan kesihatan ’pakai-buang’ ke hospital tetapi mempunyai modal berbayar kurang RM50,000.00.
Masalah akan timbul bila ada permintaan besar tetapi mereka tiada modal pusingan untuk cagaran! Ditambah dgn keenganan ’Distributor’ memberi lebih kredit kerana modal rendah.
Dalam kes ini, Shamelin Bina ada kelebihan – banyak Satu Juta tu!
Memiliki status AJL – Ajen Jualan Langsung (bukan Anugerah Juara Lagu)

Kepada mereka yg dah ’season’ dlm MLM, lesen Ajen ini penting. Jika tiada itu bermakna syrikat tersebut menjalankan ’Skim Cepat Kaya’ atau seumpamanya. Syrikat yg ada lesen ini ’sah’ dan diiktiraf modus operadinya oleh Kerajaan Malaysia.
Lembaga Pengarah
Anda kenal mana-mana tokoh di bawah ini? Jangan runsing jika tidak sebab…saya pun tak kenal jugak!

Pengurusan

Tiada apa yg tertera di bawah ini melainkan fungsi dan peranan setiap unit tadbir urus Shamelin Bina (Saya cari jugak gambar pengurus-pengurusnya kot2 ada…takde!)
Tapi Yg Paling PENTING
Shamelin Bina adalah anak syarikat Koperasi Shamelin Berhad. Koperasi ini dah ujud sejak 1971 (saya tak lahir lagi) dgn aset terkumpul RM 250,000,000.00. Rizab tunainya pula kira2 RM 50,000,000.00.
Dalam ertikata lain:
1) Sokongan di belakang Shamelin Bina adalah kukuh dan teguh jadi anda tidak perlu ragu syarikat gulung tikar dalam apa keadaan ekonomi sekalipun. Anda mungkin gulung tikar tapi syarikat tidak.
2) Koperasi bermakna ’hak milik majmuk’. Tiada pengaruh individu atau ’gila kuasa’ dalam mengendalikan syarikat dan ini membawa kepada pengagihan pendapatan yg lebih adil dan saksama – ye lah; KOPERASI kan?
PLUS…Ini totally ’bersifat peribadi’…
Aruah Dato’ Hj. Abdul Rahim b. Bakar pernah mempengerusikan Koperasi Shamelin Berhad. Beliau berasal dari Beserah dan itu bermakna kami SEKAMPUNG! Saya pun org Beserah jugak!
Jadi sampai sini begitulah serba sedikit latar belakang Shamelin Bina dan cerita luar tepinya. Sekarang kita nak tengok peluang apa yg ditawarkan utk anda dapat cari duit di internet atau sebaliknya.
Jualan Langsung
Ada disentuh tadi yg Shamelin Bina adalah syarikat jualan langsung (apa guna ada lesen kan?). Jualan langsung adalah cara ’menggerakkan produk dari pengilang kepada pengguna’.
Jualan langsung bukan syarikat tapi kaedah.
Syarikat perlu menggerakkan produk kepada pengguna supaya produk boleh ditukar kepada matawang. Paling ideal, matawang yg bertukar tangan tadi mempunyai nilaian lebih tinggi untuk pengeluar daripada pengguna barulah ianya jadi ’UNTUNG’.
Perniagaan bekehendakkan keuntungan.
Jualan langsung dapat mengurangkan kos pemasaran sesuatu produk lantas memberi lebih keuntungan kepada pengeluar.
Dan yg paling baik tentang sistem jualan langsung ialah; pengeluar tak untung sendiri2. Keuntungan dikongsi bersama pengedar dgn pecahan yg lebih baik berbanding cara lain contohnya ’jualan borong’ atau ’runcit.’
Inilah peluang yg ditawarkan oleh Shamelin Bina:
- Produk ’panas’ di pasaran jadi anda tak perlu cerita banyak

- Plan pemasaran utk untung cepat (secara relatif) supaya anda tak menunggu puluhan bulan utk lihat pelaburan anda
- Pengembangan rangkain pantas yg mempastikan pendapatan anda sentiasa ada – bezanya besar atau kecil aje
Tanpa segan silu post ini ditulis utk menarik anda yg berminat mencari duit tambahan dari internet TETAPI harus diingat – Internet hanya salah satu dari puluhan kaedah pemasaran.
Internet bukan satu bisnes; ia adalah kaedah.
Mari bersama2 saya menjadikan internet medium utk memasarkan produk Shamelin Bina dgn lebih berkesan dan harapan saya agar kita semua boleh bekerja dari rumah dan punya lebih luang masa dgn yg tersayang.
Duit bukan segalanya dan duit tak boleh beli semua TAPI dgn duit kita boleh dapat LEBIH.
Nantikan post selanjutnya